Saturday, 17 September 2011

Kegagalan yang lalu kejayaan kini.....

     Perkataan math sentiasa menghantiu diriku.Dulu aku sentiasa takut bila exam math dah dekat.....
Sebabnya setiap kali exam aku mesti gagal dan dapat markah yang paling rendah dalam kelas.Aku malu dengan kawan-kawan yang lain sebab mereka dapat keputusan yang cemerlang.


Tahun 2010 merupakan tahun keramat bagiku kerana aku akan menduduki SPM yang akan menentukan masa depan hidupku nanti.
Aku masih tidak dapat menguasai math dengan baik.Aku samgat takut jika aku gagal dalam math masa exam sebenar nanti


      Untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi,aku berikhtiar dengan mencari jalan sendiri untuk memahirkan diriku dalam math...Aku mencari soalan-soalan yang lepas dan mencubanya.Walaupun aku tidak tahu apa yang aku jawab,aku terus cuba dan cuba.
      Ada juga kawan-kawanku yang baik hati ingin menolongku.Atas berkat dan usaha yang aku lakukan,aku berjaya mencapai apa yang aku inginkan.Aku bukan sekadar lulus tetapi aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang math dengan mendapat A+ dalam SPM..
     Jadi disini aku belajar satu perkara yang sangat penting iaitu kita tidak boleh berputus asa apabila gagal tapi kita hendaklah cuba dan terus mencuba untuk berjaya.


No comments:

Post a Comment