Saturday, 24 September 2011

Tahukah Anda????

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah hujan boleh turun? Bagaimanakah juga air hujan boleh sampai ke atas? Kenapa ada masanya dekat tempat A hujan, tempat B tak hujan, tempat C hujan, tempat D hujan, walaupun tempat-tempat ini tidak lah jauh antara satu sama lain. Kenapa ada hujan lebat dan hujan renyai-renyai? Bagaimana terjadinya kejadian hujan panas? Inilah antara persoalan-persoalan yang banyak sekali di tanya oleh si kecil yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Lihat la alam sekeliling kita. Sungguh banyak sekali bukti-bukti kejadian Allahn di alam yang terbentang luas ini, yang sudah menjadi fitrah bagi manusia yang suci hatinya, dapat menambahkan iman dan keyakinan kepada Allah yang Maha Esa.

Gambar keajaiban di atas menunjukkan jawapan kepada kebanyakkan soalan-soalan di permulaan entri. Gambar tersebut merupakan awan hujan yang sedang mencurahkan air di satu kawasan, menumpahkan rezeki dan keberkatan kepada manusia, dan perlu diingat, kejadian hanya akan terjadi dengan perintah Allah. Allah la yang mentadbir dunia ini, dalam al Quran ada mengatakan, Allah la pemilik dan pentadbir di langit dan di bumi dan yang ada di antara keduanya. Ramai atheis atau orang yang tak percaya tuhan dengan angkuhnya menyatakan yang bumi ini terjadi dengan sendirinya. Tidak. Tidak sama sekali. Logikkah dikatakan satu kapal yang tiada kemudi boleh sampai di perlabuhan tanpa ada nakhoda yang mengemudi? Percayakah kalau aku katakan sedang aku berkira-kira mencari medium hendak menyeberang sungai, tiba-tiba datang satu papan di depan aku, lepas itu datang lagi papan-papan lain, dan papan-papan ini kemudiannya bercantum menjadi perahu dengan sendirinya? Tidak sama sekali. Setiap nafas, setiap organisma dan setiap yang ada di bumi dan di langit, ada tuan empunya. Aku mendoakan agar kita semua jangalah menjadi manusia yang kufur.
Mungkin ramai juga tertanya, bagaimanakah hujan panas terjadi? Lihat gambar di atas, yang mungkin dirakam di saat terjadinya hujan panas. Di sebalik awan tebal itu merupakan pancaran sinar mentari yang panas dari daerah lain yang tidak mempunyai hujan. Inilah yang terjadi saat terjadinya hujan panas. Kita di bawah tidak nampak perkara ini seperti mana yang dilihat insan yang beruntung di atas kapal terbang ini. Sungguh indah alam ciptaan Allah ni kan?
Kesimpulannya, tambahkan lah iman kita, kuatkan lah iman kita dengan banyak berfikir tentang kejadian-kejadian alam ini. Semoga kita mendapat rahmat dan berkat. InsyaAllah




Friday, 23 September 2011

Gunung berapi


Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapiEifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Asap gunung berapi yang sangat menakjubkan:
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Saturday, 17 September 2011

Sungai dasar laut


“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.


Kegagalan yang lalu kejayaan kini.....

     Perkataan math sentiasa menghantiu diriku.Dulu aku sentiasa takut bila exam math dah dekat.....
Sebabnya setiap kali exam aku mesti gagal dan dapat markah yang paling rendah dalam kelas.Aku malu dengan kawan-kawan yang lain sebab mereka dapat keputusan yang cemerlang.


Tahun 2010 merupakan tahun keramat bagiku kerana aku akan menduduki SPM yang akan menentukan masa depan hidupku nanti.
Aku masih tidak dapat menguasai math dengan baik.Aku samgat takut jika aku gagal dalam math masa exam sebenar nanti


      Untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi,aku berikhtiar dengan mencari jalan sendiri untuk memahirkan diriku dalam math...Aku mencari soalan-soalan yang lepas dan mencubanya.Walaupun aku tidak tahu apa yang aku jawab,aku terus cuba dan cuba.
      Ada juga kawan-kawanku yang baik hati ingin menolongku.Atas berkat dan usaha yang aku lakukan,aku berjaya mencapai apa yang aku inginkan.Aku bukan sekadar lulus tetapi aku menjadi salah seorang pelajar cemerlang math dengan mendapat A+ dalam SPM..
     Jadi disini aku belajar satu perkara yang sangat penting iaitu kita tidak boleh berputus asa apabila gagal tapi kita hendaklah cuba dan terus mencuba untuk berjaya.